Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon News
Orang Asli Bakal Usaha Nanas 1,200 Hektar
Date 03/09/2010 18:46 Author UMNO Online Hits 62
Print Pdf Email RSS
ROMPIN, 3 Sept – Masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar daerah Rompin akan diberi peluang mengusahakan pengeluaran nanas secara komersial bermula Oktober tahun ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata projek di bawah Perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu bertujuan meningkatkan taraf hidup Orang [...]

ROMPIN, 3 Sept – Masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar
daerah Rompin akan diberi peluang mengusahakan pengeluaran nanas secara komersial bermula Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata projek di bawah Perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu bertujuan meningkatkan taraf hidup Orang Asli di daerah Rompin.

“Kerajaan telah memberi 1,200 hektar tanah di Kampung Tanam untuk diusahakan dengan tanaman nanas di bawah bimbingan Lembaga Nanas Negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengenalan menyembelih haiwan mengikut hukum Islam kepada saudara baru di sini, hari ini.

Beliau berkata, Orang Asli tempatan yang menjadi peserta akan dibimbing oleh Lembaga Nanas Negara dan dibekalkan anak benih nanas berkualiti agar hasilnya boleh dieksport ke luar negara.

Sementara itu, Maznah berkata, anak Orang Asli yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran boleh memohon bantuan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).-Bernama



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010