Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon News
Agenda Siapa Nurul Izzah Bawa
Date 03/09/2010 17:44 Author UMNO Online Hits 56
Print Pdf Email RSS
KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pergerakan Wanita UMNO menyelar tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu. Cubaan membawa interpretasi baru hal Melayu itu membuktikan Nurul Izzah jahil perundangan dan terperangkap agenda seseorang atau sesuatu pihak. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat [...]

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pergerakan Wanita UMNO menyelar tindakan
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Cubaan membawa interpretasi baru hal Melayu itu membuktikan Nurul Izzah jahil perundangan dan terperangkap agenda seseorang atau sesuatu pihak.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Nurul Izzah tidak perlu memberikan interpretasi yang baru tentang hak orang Melayu kerana pelembagaan pada hari ini telah pun menentukan bahawa negara Malaysia selamat, aman dan makmur.

“Jikalau ada pelbagai cubaan untuk menodai perlembagaan yang sedia ada pada hari ini, maka risikonya terlalu tinggi,” kata beliau selepas melancarkan ‘Skuad Sayang’ Wilayah Persekutuan di Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata cubaan oleh piohak pembangkang itu akan hanya menimbulkan keresahan bukan sahaja kepada orang Melayu malah kaum lain di negara ini.

Nurul Izzah di dalam artikel yang disiarkan dalam satu portal berita, Selasa lepas antara lain mendakwa, ‘hak keistimewaan’ orang Melayu tidak disebut sebaliknya Perkara 153 hanya menjelaskan mengenai ‘kedudukan istimewa’ masyarakat Bumiputera.

Anak kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga mendakwa, hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi dan bukannya undang-undang atau Perlembagaan selain menegaskan agenda Melayu yang terkandung dalam Perkara 153 juga bersifat sementara. -MediaUMNO



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010