Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon News
Diplomat Asing Raikan Sama
Date 03/09/2010 17:44 Author UMNO Online Hits 43
Print Pdf Email RSS
NEW YORK, 3 Sept – Majlis sambutan Hari Merdeka Malaysia yang ke-53 pada Khamis petang di New York menarik ramai tetamu dengan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hamidon Ali dan isteri Datin Amy, menjadi tuan rumah. Tarikan utama majlis itu ialah juadah makanan yang dihidangkan dengan cara yang menarik perhatian daripada [...]

NEW YORK, 3 Sept – Majlis sambutan Hari Merdeka Malaysia yang
ke-53 pada Khamis petang di New York menarik ramai tetamu dengan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hamidon Ali dan isteri Datin Amy, menjadi tuan rumah.

Tarikan utama majlis itu ialah juadah makanan yang dihidangkan dengan cara yang menarik perhatian daripada sate ayam, kari ayam, karipap, rendang daging dan pastri yang manis dan buah-buahan dan teh tarik.

Majlis itu menarik kehadiran ramai diplomat termasuk staf kanan yang bekerja di pejabat Setiausaha Agung PBB Ban ki-Moon yang kelihatan berbual-bual dengan tetamu yang lain sambil menjamu selera.

Ketua-ketua agensi kerajaan yang lain di New York seperti Tourism Malaysia, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) turut hadir.

Seorang diplomat Scandinavia melahirkan penghargaan kepada mereka yang menyediakan hidangan Malaysia yang begitu sedap dan menarik yang dapat dinikmatinya buat kali pertama.

Penghargaan perlu diberi kepada kelab Perwakilan yang telah bekerja keras bagi menyediakan pelbagai hidangan bagi banyak majlis sebelum ini.

Bagi timbalan wakil tetap Malaysia Saiful Azam Abdullah, majlis ini
merupakan kali pertama dihadirinya di New York selepas baru bertukar dari Frankfurt.

Turut hadir pemangku konsul besar Indonesia Bambang Antarikso. -Bernama



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010