KUALA LUMPUR 3 Sept ? Khatib jemputan Surau Ar-Rahman, PWTC, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin hari ini mengajak seluruh umat Islam agar memperhebatkan lagi ibadat dan segala amalan menjelangnya minggu terakhir Ramadhan Al-Mubarak. Dalam seruannya ketika menyampaikan khutbah, beliau berkata umat Islam perlu mengambil inisiatif menghidupkan lagi malam-malam terakhir Ramadhan dengan segala amalan termasuk membaca Al-Quran, [...]
KUALA LUMPUR 3 Sept ? Khatib jemputan Surau Ar-Rahman, PWTC, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin hari ini mengajak seluruh umat Islam agar memperhebatkan lagi ibadat dan segala amalan menjelangnya minggu terakhir Ramadhan Al-Mubarak.
Dalam seruannya ketika menyampaikan khutbah, beliau berkata umat Islam perlu mengambil inisiatif menghidupkan lagi malam-malam terakhir Ramadhan dengan segala amalan termasuk membaca Al-Quran, dan sebagainya.
?Hari ini kita berpuasa hari ke 24 Ramadhan di mana kita berada di peringkat akhir bulan yang penuh keberkatan, pengampunan serta rahmat daripada Allah swt.
?Selari dengan jaminan ini, saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan takwa yang tidak main-main tetapi takwa yang benar-benar bertanggungjawab melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini mampu membina insan beriman, soleh dan berjaya di dunia dan akhirat,? katanya.
Ustaz Shamsul seterusnya menambah, sepuluh terakhir Ramadhan ini adalah masa kemuncak yang amat bernilai yang perlu direbut oleh mereka yang beramal soleh sepanjang Ramadhan.
?Kita sedia maklum bahawa dalam bulan Ramadhan terdapatnya satu malam yang penuh kemuliaan, penuh keberkatan yang dinamakan Lailatul Qadar. Pahala beribadat pada malam itu menyamai pahala seribu bulan. Firman Allah SWT dalam surah al-Qadr ayat 1-5 yang bermaksud :
“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatul Qadr, dan tahukah kamu apakah malam lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan.
?Pada malam itu turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka. kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar “.
Ustaz Shamsul seterusnya mengingatkan agar umat Islam tidak lalai dengan kesibukan urusan lain seperti membuat persedian untuk menyambut hari raya dan sebagainya
?Jangan biarkan masjid-masjid menjadi lengang dan sepi sebaliknya dihidupkan dengan solat terawih dan sebagainya kerana tahap terakhir inilah kita mesti melipat-gandakan ibadat dengan tidak mensia-siakan peluang yang ada, kerana kita belum pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak untuk terus bersama dengan Ramadhan pada tahun hadapan, ?katanya. – MediaUMNO

Source: UMNO Online |