KUALA LUMPUR 2 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyanggah persepsi yang menyatakan UMNO kini sebuah parti lemah dan bukan lagi menjadi pilihan orang Melayu. UMNO, tegas beliau, masih terus menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) tetapi pada waktu yang sama tetap menjadi suara mutlak memperjuangkan kepentingan orang Melayu. [...]
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyanggah persepsi yang menyatakan UMNO kini sebuah parti lemah dan bukan lagi menjadi pilihan orang Melayu.
UMNO, tegas beliau, masih terus menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) tetapi pada waktu yang sama tetap menjadi suara mutlak memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
? Kepentingan orang Melayu tidak harus dikorbankan dalam amalan berkongsi kuasa di antara parti-parti komponen BN? ujar beliau dalam temubual eksklusif dengan umno online. Tengku Adnan ditanya mengenai persepsi negatif yang sengaja dibina bahawa UMNO tidak lagi relevan.
Beliau berkata, agenda Melayu yang diperjuangkan bukan bermaksud mengambil apa-apa daripada kaum lain termasuk Cina yang menguasai ekonomi tetapi bagi meningkatkan pencapaian Melayu, yang ramai lagi hidup dalam lingkaran kemiskinan.
Menurut Tengku Adnan, sejarah telah membuktikan agenda Melayu termasuk peningkatan pencapaian Melayu tidak pernah menjadi ancaman kepada masyarakat bukan Melayu
?Agenda Melayu yang meliputi hak-hak keistimewaan kaum majoriti perlu dilihat sebagai elemen penentu kelangsungan dan survival Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan negara atau `survival of the nation’, ?? ujar beliau.
UMNO, tegas beliau, tetap kuat berakar umbi di hati rakyat. Nasionalisme Melayu juga tidak susut sebaliknya UMNO sebagai sebuah parti yang berjaya dan mempunyai masa depan yang lebih baik bersandarkan kepada kemampuan parti itu melakukan pengubahsuaian dan penyesuaian bagi menangani cabaran domestik dan global.
Beliau menjelaskan, mengurus sebuah parti yang berjaya seperti UMNO bukanlah mudah tetapi UMNO membuktikan telah menguruskannya dengan hebat.
?Yakin dan percayalah. UMNO adalah parti yang berjaya, bukannya parti gagal atau di ambang kegagalan. UMNO juga adalah parti yang menguruskan sebuah negara yang sudah berjaya apatah lagi melibatkan pelbagai kaum dan agama.
?Yakin dan percayalah. UMNO adalah parti yang berjaya, bukannya parti gagal atau di ambang kegagalan. UMNO juga adalah parti yang menguruskan sebuah negara yang sudah berjaya apatah lagi melibatkan pelbagai kaum dan agama.
?Hakikatnya, rakyat dapat lihat Malaysia bukan sahaja berjaya tetapi aktif dan memainkan peranan penting dalam komuniti global,?? ujar beliau.
Menurutnya, dalam konteks sedemikian, UMNO mempunyai tugas berat dalam melaksanakan perimbangan untuk kepentingan Melayu, pelbagai kaum dan percaturan negara dalam arena global dan setakat ini, UMNO berjaya dalam memainkan perimbangan ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya menegaskan, UMNO tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menjaga kepentingan dan memajukan orang Melayu.
?Saya yakin, walau apa pun orang kata tentang UMNO, UMNO tidak akan kompromi apabila berdepan dengan isu-isu yang menyentuh basic value Melayu.
Andaian yang menyatakan UMNO kian lemah dan kedudukan Melayu mulai goyah adalah usaha untuk melencongkan perhatian rakyat daripada fokus kepada agenda-agenda yang telah ditetapkan.
Jelas beliau, walau apa pun kemelut dan kritikan yang timbul, hakikatnya Malaysia terus dikurniakan kepimpinan yang baik dari era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau mahu rakyat terus optimis dan konstruktif kepada masa depan negara di bawah kepimpinan Barisan Nasional, biar apa ujian dan tafsiran sekalipun.
Tengku Adnan mahu rakyat menolak parti-parti pembangkang yang menurutnya menjalin hubungan tidak jujur dalam menjayakan agenda berbeza masing-masing.
?Anwar, Nik Aziz, Kit Siang adalah manusia yuang tidak jujur dalam menjalin hubungan.
?Sejarah telah membuktikan Anwar tidak jujur kepad Pas, tidak jujur kepada DAP, juga tidak jujur kepada UMNO malah kepada rakyat. Anwar manusia yang bijak bermuka-muka dalam menjalin hubungan .
?Dia menjalin hubungan dengan Pas kerana ada agenda sendiri . Ketika berdepan krisis moral, Anwar perlu gunakan Pas untuk melepaskan diri daripada tuduhan meliwat.
Beliau berkata, Pas kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.
“Kita tengok sekarang, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit.
“Sebagai contoh, DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa Pas tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul Pas tidak mahu lagi negara Islam,” katanya. – Media UMNO

Source: UMNO Online |