Kuala Lumpur ? Pas hari ini dilihat bukan sahaja membohongi rakyat malah pengikut tegarnya berhubung perjuangan negara Islam yang saban hari semakin hanyut di dalam kamus perjuangan Pas. Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika perjuangan tersebut mejadi nadi, sudah pasti mereka akan mengambil keputusan nekad meninggalkan Dap yang secarang [...]
Kuala Lumpur ? Pas hari ini dilihat bukan sahaja membohongi rakyat malah pengikut tegarnya berhubung perjuangan negara Islam yang saban hari semakin hanyut di dalam kamus perjuangan Pas.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika perjuangan tersebut mejadi nadi, sudah pasti mereka akan mengambil keputusan nekad meninggalkan Dap yang secarang terang-terangan menentang pelaksanaan hukum berkenaan sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh sebelum ini.
Serentak itu, bagi membuktikan keseriusan Pas memperjuangkan hukum berkenaan, beliau sekali lagi melontarkan cabaran kepada pemimpin Pas agar membawa usul Hudud ke Parlimen untuk dibahaskan selain menggubal enakmen kanun jenayah syariah (Hudud & Qisas ) di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bagi membuktikan kesungguhan parti berkenaan memperjuangkan isu terbabit.
“Tegas beliau jika Pas tidak berani membawa perkara itu di Parlimen dan tidak menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas berbohong kepada rakyat khususnya kepada penyokong tegar mereka.
“Saya cabar mereka buat perkara ini sebab hari ini di ceruk-ceruk kampung dan pelbagai tempat lain yang menjadi kawasan kubu mereka, ahli-ahli tegar Pas begitu beriya-iya menyatakan bahawa Pas akan melaksanakan hukum Hudud.
“Jadi untuk buktikan perkara itu, saya cabar mereka buat seperti apa yang saya sarankan di atas. Jika mereka takut, bererti Pas mengabdikan diri kepada manusia DAP serta PKR dan bukannya Allah s.w.t. Mereka jangan berdolak dalih lagi.
“Kepada pengikut Pas, sedarlah mereka sebenarnya ditipu bulat-bulat oleh pucuk pimpinan mereka khususnya pelaksanaan hukum hudud yang selama ini hanya digunakan Pas untuk menagih sokongan orang Melayu”, katanya.
“Kepada pengikut Pas, sedarlah mereka sebenarnya ditipu bulat-bulat oleh pucuk pimpinan mereka khususnya pelaksanaan hukum hudud yang selama ini hanya digunakan Pas untuk menagih sokongan orang Melayu”, katanya.
Tambah Ustaz Afandi lagi, sudah sampai masanya Pas menunjukkan bukti dan contoh bahawa parti itu benar-benar ingin melaksanakan hukum hudud dengan menjalankan hukum berkenaan tanpa mengambil kira pendapat dan persetujuan daripada sekutu mereka iaitu Dap dan PKR.
“Berdasarkan senario politik semasa hari ini, Pas dilihat cukup takut mempertahankan Islam dan tidak begitu agresif dalam membawa perjuangan berkenaan. Pas hanya agresif membawa perjuangan terbabit di peringkat kampung, namun pada dasarnya mereka tidak berani untuk mengenengahkan dan merealisasikan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Kita akan beritahu rakyat siapa pemimpin mereka yang tidak bercakap masalah yang membelenggu Islam ketika ini”, ujarnya.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata Pas telah membohongi rakyat bahawa mereka akan menubuhkan sebuah negara Islam sekiranya berjaya memerintah negara ini bersama dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Menurut beliau ia jelas kerana kesemua pemimpin pembangkang telah menandatangani perjanjian bahawa mereka akan terus berpegang teguh kepada perlembagaan negara sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.
Beliau berkata, perjanjian tersebut adalah berbeza dengan ceramah-ceramah yang dijalankan oleh pemimpin parti berkenaan di kampung-kampung yang menyatakan Pas berpegang teguh kepada dasarnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan hudud.

Source: UMNO Online |