Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon News
Pas Ekstrim, Parti Putar Belit ? Aishah Ghani
Date 01/09/2010 22:50 Author UMNO Online Hits 32
Print Pdf Email RSS
KUALA LUMPUR, 1 Sept ? Tokoh Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 76, memberitahu bahawa Pas sememangnya menggunakan taktik putar-belit sejak dari awal kepimpinan mereka termasuklah memperalatkan agama sebagai modal politiknya. Katanya, berdasarkan pengalaman beliau bersama kepimpinan UMNO, pelbagai kerenah Pas telah dilalui yang secara keseluruhannnya boleh disimpulkan sebagai parti tidak berpendirian. ?Pas ini memang [...]

KUALA LUMPUR, 1 Sept ? Tokoh Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 76, memberitahu bahawa Pas sememangnya menggunakan taktik putar-belit sejak dari awal kepimpinan mereka termasuklah memperalatkan agama sebagai modal politiknya.

Katanya, berdasarkan pengalaman beliau bersama kepimpinan UMNO, pelbagai kerenah Pas telah dilalui yang secara keseluruhannnya boleh disimpulkan sebagai parti tidak berpendirian.

?Pas ini memang dari dulu begitulah gelagatnya yang menunjukkan bahawa mereka memang tidak berpegang pada pendirian malahan kalau mereka yang lakukan semuanya elok dan halal tetapi kalau UMNO yang buat akan tak elok dan haramlah kata dia,? katanya kepada umno-online.com.

Aishah yang menyertai UMNO pada tahun 1948 dengan menjadi ahli UMNO Cawangan Kampung Baru memaklumkan lagi bahawa tindak-tanduk Pas telah banyak menyusahkan pentadbiran kerajaan dan UMNO sejak dari awal lagi.

?Pas ini memang banyak buat pemesongan dan kelirukan orang Melayu dengan buat macam-macam putar belit sedangkan kita tidak biasa dengan cara sebegitu. Kita mahu tunjukkan cara yang betul untuk bangsa kita.

?Dari dulu lagi sudah macam-macam yang mereka lakukan sehinggakan suatu waktu ada yang terpaksa bernikah dua kali kerana kononnya tidak sah jika dinikahkan oleh orang UMNO selain masalah satu masjid dua imam kerana imam yang ada adalah imam dari UMNO dan macam-macam lagi,? terang beliau.

?Dari dulu lagi sudah macam-macam yang mereka lakukan sehinggakan suatu waktu ada yang terpaksa bernikah dua kali kerana kononnya tidak sah jika dinikahkan oleh orang UMNO selain masalah satu masjid dua imam kerana imam yang ada adalah imam dari UMNO dan macam-macam lagi,? terang beliau.

Tambahnya lagi, Pas memperalat dan memperbodohkan orang-orang Melayu dan masyarakat keseluruhannya dengan menggunakan agama sebagai bahan politik mereka.

?Kalau kita nak kata mereka bagus, tidak ada bukti langsung kerana sepanjang penubuhan mereka sejak 1951 apa yang mereka lakukan pada negara dan bangsa malahan mereka yang menjadi kerajaan di Kelantan pun sampai sekarang masih tidak ada perubahan.?

Ujar beliau lagi, jika dahulu UMNO menjalinkan kerjasama dengan orang-orang Cina dan India pelbagai tuduhan dilontarkan.

?Sampaikan pada masa itu mereka keluarkan ayat ?janganlah kamu mengambil orang-orang kafir sebagai rakan kamu? dan apabila kerjasama kita jalinkan dalam perikatan mereka katakan kita juga adalah kafir tapi nampaknya sekarang ini mereka jilat balik ludah mereka sendiri.

?Kita tengok sekarang, kalau betul mereka ada pendirian… apa yang Dap dan Karpal Singh sendiri tak cakap pasal matlamat negara Islam mereka?? soal beliau lagi.

Katanya, ramai yang tidak sedar bahawa penubuhan Pas pada tahun 1951 itu sendiri adalah perpecahan di kalangan orang-orang Melayu yang disokong oleh British sejak dari awal lagi.

?Penjajah ini galakkan adanya perpecahan supaya kita tidak bersatu dan kekal dengan mentaliti penjajah. Malangnya Pas tidak sedar dengan penyakit besar orang putih iaitu walaupun dibiarkan kita merdeka tetapi hatinya berkudis kerana mahukan perpecahan.”

Aishah pernah dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am pada tahun 1972, selain menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Senator di Malaysia iaitu pada tahun 1961, dan pada tahun 1962 dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga menerajui Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang selama 18 tahun bermula 1963 hingga 1981 dan menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia selama 12 tahun. ? MediaUMNO.



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010