Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon News
Eratkan Perpaduan, Gandakan Usaha Untuk Tawan Kelantan
Date 02/02/2012 22:28 Author UMNO Online Hits 15
Print Pdf Email RSS
KOTA BHARU, 2 Feb  - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata UMNO  dan Barisan Nasional Kelantan perlu menggandakan usaha untuk kembali berkuasa di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa berdasarkan usaha setakat ini, beliau yakin BN mampu menebus kekalahan di beberapa kawasan pada pilihan raya umum 2008. “Saya telah [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • BN Kelantan Sasar Tawan 23 Kerusi Dun – Tok Pa
  • Gelombang Merah Lonjakan Semangat Kerja Umno Tawan Semula Kelantan
  • Wang Ihsan Untuk Rakyat, Bukan Kerajaan Kelantan
  • UMNO Jeli Dijadikan Kubu Gerakan Gelombang Merah Tawan Kelantan


  • KOTA BHARU, 2 Feb  - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata UMNO  dan Barisan Nasional Kelantan perlu menggandakan usaha untuk kembali berkuasa di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

    Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa berdasarkan usaha setakat ini, beliau yakin BN mampu menebus kekalahan di beberapa kawasan pada pilihan raya umum 2008.

    “Saya telah dimaklumkan ada beberapa kawasan yang akan diberi tumpuan  lebih dan gerakan kerja  oleh UMNO dan BN perlu ditingkatkan lagi supaya kita lebih yakin untuk menebus kekalahan di seluruh Kelantan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemantapan Profesionalisme  Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di Peringat dekat sini hari ini.

    Terdahulu,  Muhyiddin yang juga  Timbalan Presiden UMNO mengadakan perjumpaan dengan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan BN Kelantan di pejabat UMNO Kelantan di  sini.

    Muhyiddin berkata beliau turut menekankan betapa pentingnya soal  perpaduan dalam parti supaya tidak timbul perbalahan yang akan menjejaskan  peluang untuk BN meraih sokongan pengundi.

    Beliau berkata perkara berkaitan calon untuk pilihan raya umum akan datang tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.

    “Kita akan melihat apabila sampai waktunya. Fokus sekarang kepada pergerakan jentera BN di semua peringkat,” katanya.

    Ditanya kehadiran Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah  pada perjumpaan itu, Muhyiddin berkata Tengku Razaleigh telah memberi beberapa pandangan dan cadangan yang baik untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

    “Kita mahu setiap pemimpin parti memberi pendapat secara ikhlas  mengenai kekuatan dan kelemahan dan apa yang perlu diperbaiki, kehadiran  Tengku Razaleigh membantu kita mendapatkan pandangan yang sesuai.

    “Beliau sedar sebagai pemimpin UMNO  yang banyak pengalaman, memang  dihormati di Kelantan, beliau tahu ada fungsi dan peranan, saya amat  menghargai kehadiran beliau,” katanya.

    Mengenai Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang akan dibubarkan, Muhyiddin berkata seperti parti serpihan lain, pembubaran KITA sudah dijangkakan.

    “Ia akan menemui ajal sama ada dia dibubarkan atau terbubar,  kerana pemimpinnya tidak mempunyai pendirian yang konsisten. Apa pun keputusan, ia tidak memberi ancaman besar kepada kita,”  katanya.

    Pengerusi KITA Datuk Zaid Ibrahim dilaporkan berkata parti itu akan dibubarkan menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi.

    Mengenai tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak  tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan  pembangkang, Muhyiddin berkata: “Kami dalam BN pun sudah cakap apa yang  terkandung dalam Buku Jingga itu hanya gimik politik sahaja, bukan berasaskan kepada hakikat yang mampu dilaksanakan”.

    “Ini satu lagi petanda bahawa Buku Jingga yang dikatakan menjadi  manifesto kepada pakatan rakyat tidak diterima pemimpin mereka sendiri,  mungkin ada beberapa pemimpin di atas yang duduk merangka tetapi ia tidak  diperakui oleh pihak bawah,” katanya.

    Muhyiddin berkata ini sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada  masyarakat untuk menilai apa yang dilakukan oleh pembangkang.

    Akhbar hari ini melaporkan Azizan tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga pakatan itu.

    Ditanya mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menubuh badan bukan kerajaan dikenali “Jati”, Muhyiddin berkata: “Kita tidak terlibat. Biasalah dengan pembangkang, apa-apa hal, tuduh UMNO yang jadi dalang.

    “Dia (pembangkang) tidak mahu terima kenyataan bahawa dia ada masalah, dia tidak akui masalah dia sendiri, masalah dalam Pas. Hasan Ali  pun tak kata menyokong UMNO atau jadi ahli UMNO,” katanya.

    Lagi Berita Berkaitan :

  • BN Kelantan Sasar Tawan 23 Kerusi Dun – Tok Pa
  • Gelombang Merah Lonjakan Semangat Kerja Umno Tawan Semula Kelantan
  • Wang Ihsan Untuk Rakyat, Bukan Kerajaan Kelantan
  • UMNO Jeli Dijadikan Kubu Gerakan Gelombang Merah Tawan Kelantan


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

     

     

     

     

    Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010