KUALA LUMPUR 2 Feb ? Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding apda pilihan raya umum akan datang dilihat sebagai satu sindiran kepada ?bosnya? Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mat Nor Deris berkata secara sinisnya Hadi umpama melempar batu secara diam-diam [...]
Lagi Berita Berkaitan :
Kit Siang, 42 Tahun, Karpal, 37, Hadi, 29, Nik Aziz, 44, Anwar 30? Bila Nak Bersara?
Hadi ‘Wajib’ Rujuk Karpal, Kit Siang Berhubung Agenda Negara Islam
Kenyataan Hadi Umpama Baling Satu Batu Untuk Dua Burung
Kit Siang TPM: Siapa Penipu, Anwar, Hadi Atau Dua-Dua Memang Raja Putar?
KUALA LUMPUR 2 Feb ? Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding apda pilihan raya umum akan datang dilihat sebagai satu sindiran kepada ?bosnya? Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mat Nor Deris berkata secara sinisnya Hadi umpama melempar batu secara diam-diam agar Musrdyidul Amnya yang berada di puncak kuasa sejak sekian lama mengundurkan diri.
Menunrut beliau mungkin dengan cara itu Nik Aziz mungkin akan terfikir sejenak segala tindak-tanduknya yang masih mahu mempertahankan kedudukan sebagai wakil rakyat dan Menteri Besar di Kelantan.
?Tidak salah juga saya katakan keputusan awal Hadi itu adalah untuk rakan seterusnya di dalam pakatan pembangkang iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang telah lama berada di dalam arena politik.
?Jika sebelum ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi sasaran kepada pembangkang kerana dianggap berada di puncak kuasa terlalu lama, mungkin pada kali ini Hadi telah sedar akan perkara berkenaan.
?Sebab itulah Hadi tidak mahu perkara berkenaan terpalit ke muka mereka sendiri bak kata pepatah, meludah kelangit akhirnya jatuh ke muka sendiri. Namun saya terfikir apakah Nik Aziz dan rakan seangkatannya yang lain faham sindiran berkenaan atau buat-buat tidak faham,? katanya.
Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan?rakan pakatan pembangkang yang lain beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.
Beliau seterusnya menambah pelbagai persoalan lain yang boleh dikaitkan dengan kenyataan drastik Presiden Pas itu sepertimana yang berlegar di akar umbi dan warung-warung kopi hari ini.
Tambahnya mungkin Hadi sudah penat melayani karenah pimpinan Pas hari ini yang lebih ?berkiblatkan? Anwar Ibrahim dan bukannya kepada intitusi mereka sendiri.
?Mungkin juga perkara itu memeningkan Hadi dan langkah terbaik beliau ialah mengundurkan diri dan jika perkara berkenaan benar-benar menjadi realiti, kumpulan yang bersorak kelak tidak lain dan tidak bukan ialah kumpulan yang mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.
?Saya nak tahu berapa ramai pimpinan Pas yang mengangkat Hadi sebagai Perdana Menteri jika menawan Putrajaya. Hanya Datuk Hasan Ali, namun dipecat serta merta? hari ini kalau tidak silap saya Ketua Dewan Ulama Pas membantah keputusan Hadi itu dan mahu beliau terus bertanding untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.
?Jadi mungkin Hadi kecewa dengan pimpinan mereka sendiri dan faktor ini ada kemungkinannya. Jadi kita sama-sama tunggu dan lihat drama ini,? katanya.
Lagi Berita Berkaitan :
Kit Siang, 42 Tahun, Karpal, 37, Hadi, 29, Nik Aziz, 44, Anwar 30? Bila Nak Bersara?
Hadi ‘Wajib’ Rujuk Karpal, Kit Siang Berhubung Agenda Negara Islam
Kenyataan Hadi Umpama Baling Satu Batu Untuk Dua Burung
Kit Siang TPM: Siapa Penipu, Anwar, Hadi Atau Dua-Dua Memang Raja Putar?

Source: UMNO Online |