Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon News
Laporan Polis Terhadap Pejabat Tanah Kota Setar Kerana Keluarkan Notis Mengenai Madrasah
Date 02/02/2012 17:16 Author UMNO Online Hits 22
Print Pdf Email RSS
ALOR SETAR, 2 Feb – Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) membuat laporan polis terhadap Penolong Pentadbir Tanah (Pembangunan) Kota Setar, Syed Shafulamin Syed Ahmad, kerana telah mengeluarkan notis supaya mengosongkan bangunan Madrasah Salihiah di sini sebelum isu mengenai diputuskan oleh mahkamah. Pengerusi BBSMS Mansor Ahmad berkata laporan itu dibuat kerana perbuatan pejabat tanah [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • Laporan Palsu Video Seks : Puteri UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Anwar
  • Laporan Dakwaan Terhadap Polis Dibentangkan Ke Kabinet Minggu Depan
  • Derhaka: Lagi Laporan Polis Terhadap Suhaimi Shafiei
  • BNBBC Perak Buat Laporan Polis Terhadap Sivakumar


  • ALOR SETAR, 2 Feb – Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) membuat laporan polis terhadap Penolong Pentadbir Tanah (Pembangunan) Kota Setar, Syed Shafulamin Syed Ahmad, kerana telah mengeluarkan notis supaya mengosongkan bangunan Madrasah Salihiah di sini sebelum isu mengenai diputuskan oleh mahkamah.

    Pengerusi BBSMS Mansor Ahmad berkata laporan itu dibuat kerana perbuatan pejabat tanah mengeluarkan notis supaya bangunan madrasah itu dikosongkan adalah tindakan yang bertentangan dengan prinsip undang-undang.

    “Kita telah mengemukakan writ saman injunksi dan saman interim pada bulan lepas bagi menghalang perobohan dan pengambilalihan tanah wakaf khas Madrasah Salihian oleh pentabdir tanah Kota Setar, dan pada minggu depan (6 Feb) kedua-dua saman ini akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar.

    “Jadi, notis pengosongan yang kami terima pada 18 dan 31 Jan lepas yang telah ditandatangani oleh Syed Shafulamin jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini.

    Mansor berkata tindakan wakil pejabat tanah dan kerajaan negeri yang mendahului keputusan mahkamah bersifat prejudis dan merendahkan wibawa dan integriti Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar.

    “Ia juga bercanggah dengan undang-undang kerana pejabat tanah serta kerajaan negeri sama ada secara rasmi atau tidak mengetahui bahawa isu madrasah ini telah difailkan untuk perbicaraan di mahkamah,” katanya.

    Mansor berkata sepatutnya pihak pentadbir tanah atau kerajaan negeri menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu dan membuka ruang bagi proses perbicaraan dijalankan dengan sempurna agar keputusan muktamad berhubung isu itu dapat diperoleh.

    “Tidak perlulah terburu-buru kerana kita mempunyai undang-undang. Sepatutnya mereka (pejabat tanah dan kerajaan negeri) bersabar dan menunggu tarikh 6 Feb ini bagi membolehkan mahkamah mendengar dan membuat keputusan,” katanya.

    Lagi Berita Berkaitan :

  • Laporan Palsu Video Seks : Puteri UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Anwar
  • Laporan Dakwaan Terhadap Polis Dibentangkan Ke Kabinet Minggu Depan
  • Derhaka: Lagi Laporan Polis Terhadap Suhaimi Shafiei
  • BNBBC Perak Buat Laporan Polis Terhadap Sivakumar


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

     

     

     

     

    Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010