Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon News
Berbeza Pendekatan Bongkar Isu Pasir Satu Strategi, Kata Noh
Date 24/07/2010 13:47 Author admin Hits 72
Print Pdf Email RSS
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau mempunyai strategi berlainan dengan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam membongkar aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal di negeri itu.

"Apabila tengok kenyataan kami berdua memang tidak sama, Dr Khir lebih kepada on the ground (lawatan) dan saya pula lebih kepada pendedahan dalaman bagaimana penyelewengan kroni wujud kerana saya mendapat maklumat dalaman," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Noh berkata pembangkang sengaja hendak mengalihkan isu berkenaan dengan mendakwa kononnya beliau dan Khir tidak bersatu menangani isu pasir.

"Kita kini mempunyai strategi yang berbeza dengan tidak seorang sahaja yang bercakap," katanya.
 


Noh berkata Barisan Nasional (BN) negeri Selangor tekad untuk bersatu hati untuk membuka mata rakyat tentang kelemahan kerajaan negeri Selangor yang mengandungi pakatan Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP.

Beliau berkata 18 ceramah akan diadakan untuk menerangkan kepada penduduk Selangor berhubung isu pasir dalam tempoh tiga minggu ini.

Noh juga berkata pelabur akan meninggalkan Selangor apabila negeri itu menghadapi masalah bekalan air yang mencukupi.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah memberi amaran bahawa bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini tidak mencukupi dan keadaan itu amat membimbangkan.

Pada Rabu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa bekalan air bagi Selangor mencukupi sehingga 2019, adalah tidak tepat dan sangat mengelirukan pengguna.

-- BERNAMA
 
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010