Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon News
UMNO Selangor Adakan "Roadshow" Jelaskan Pembohongan Kerajaan Pakatan Pembangkang
Date 05/07/2010 04:40 Author admin Hits 93
Print Pdf Email RSS
UMNO Selangor akan mengadakan program jelajah seluruh Selangor pada minggu depan bagi menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan pakatan pembangkang terhadap rakyat di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata program itu diadakan rentetan kemelut terkini yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan Naib Presidennya Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Apa juga masalah yang berlaku dalam PKR bagi kita itu sandiwara mereka. Kita tidak payah campur tangan supaya kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan cara mereka.

"Yang penting kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa perkara itu berlaku semata-semata kerana nak tarik perhatian rakyat kepada PKR, supaya rakyat tidak lupa PKR. Ini kerana rakyat dah mula lupa mereka sebab mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat dan bangunkan Selangor," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.


Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Tanjong Karang yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau turut mengingatkan Umno Selangor supaya tidak berpeluk tubuh dan menganggap kemelut yang berlaku dalam PKR sebagai bonus kepada UMNO untuk memenangi semula hati rakyat Selangor.

"Sebaliknya kita mesti tingkatkan kerja kita dan turun padang untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Pada 27 Jun lepas, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor menggantikan Abdul Khalid berkuat kuasa serta merta oleh Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Shah Alam, Selangor.

Perkembangan itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Khalid yang juga Adun bagi kawasan Ijok dilihat seperti 'hilang taring' kerana beliau kini tidak lagi mempunyai kuasa atau pengaruh dalam politik di negeri itu walaupun masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

-- BERNAMA
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010