Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Bank Tempatan Berdaya Saing Dalam, Luar Negara -Awang Adek
Date 02/08/2010 04:18 Author UMNO Online Hits 674
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pemberian lesen baru kepada bank-bank komersial dari luar negara tidak seharusnya memberi kesan yang negatif terhadap aktiviti perniagaan bank-bank tempatan termasuk yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, ini kerana bank-bank domestik kini telah berada pada kedudukan yang kukuh untuk berhadapan dengan persekitaran [...]

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pemberian lesen baru kepada bank-bank komersial dari luar negara tidak seharusnya memberi kesan yang negatif terhadap aktiviti perniagaan bank-bank tempatan termasuk yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, ini kerana bank-bank domestik kini telah berada pada kedudukan yang kukuh untuk berhadapan dengan persekitaran yang liberal hasil daripada reformasi kewangan dan usaha bina upaya yang dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan.

Di samping itu, bank-bank domestik mempunyai tahap permodalan yang kukuh dan lebih berdaya tahan dengan tadbir urus korporat yang lebih teguh, struktur dalaman dan amalan pengurusan risiko yang cekap serta sumber pendapatan yang pelbagai.

“Kapasiti yang lebih kukuh juga membolehkan bank-bank domestik meneroka ke luar negara dan meraih manafaat daripada peluang-peluang perniagaan baru.

“Kesemua ini secara langsung telah meletakkan bank-bank tempatan dalam keadaan yang lebih bersedia untuk bersaing, baik dalam negara mahupun kawasan serantau” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Zamri Yusuf yang ingin tahu hala tuju perancangan sistem kewangan negara dengan pemberian lima lesen baru bank komersial kepada bank luar negara, persediaan persaingan di kalangan bank tempatan serta tumpuan ke arah menyediakan sistem ekonomi bernilai dan berpendapatan tinggi.

Katanya, pengeluaran lesen-lesen baru bank komersial dari luar negara tersebut adalah bertujuan memperkukuh dan mempertingkatkan kesalinghubungan ekonomi dan kewangan negara ini dengan negara lain, selain menyumbang ke arah pembangunan keseluruhan yang pelbagai dalam sektor kewangan Malaysia.

Ia juga bagi memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hub perkhidmatan perbankan Islam antarabangsa dan membawa masuk kepakaran, pengetahuan dan teknologi khusus yang diperlukan bagi menyumbang kepada pembangunan produk-produk baru, menarik pelaburan langsung asing dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Selain itu, beliau berkata, kemasukan bank-bank tersebut juga tidak akan memberi kesan yang negatif terhadap perbankan Islam kerana perkhidmatan perbankan komersial tidak mempunyai persaingan secara langsung terhadap perbankan Islam.

“Pada masa yang sama kita ingin membentuk sebuah sistem kewangan Islam yang terkemuka jadi kita perlu memberi ruang secukupnya kepada bank-bank Islam di negara kita.

“Jadi kita tidak boleh lihat pada satu atau dua buah bank, seperti Bank Islam atau Bank Muamalat sahaja tetapi kita perlu mewujudkan satu sistem dengan sejumlah bank yang mencukupi untuk membangunkan kewangan Islam”, katanya. -Bernama



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010