Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Denda RM500,000 Jika Tipu Sijil, Logo Halal
Date 02/08/2010 04:18 Author UMNO Online Hits 771
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pengusaha restoran boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati melakukan penipuan dalam sijil dan logo halal. Syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM1 juta, atau kedua-duanya sekali, jika melakukan perbuatan yang sama. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan [...]

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pengusaha restoran boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati melakukan penipuan dalam sijil dan logo halal.

Syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM1 juta, atau kedua-duanya sekali, jika melakukan perbuatan yang sama.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Parlimen meluluskan pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972.

“Kementerian sedang dalam proses membuat pindaan ke atas Akta Perihal Dagangan 1972, yang akan dilaksanakan tidak lama lagi selepas kementerian membentangkan akta ini, yang kita jangka akan dibuat pada sesi Oktober yang akan datang ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 di Dewan Negara Isnin.

Akta sedia ada memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi pesalah individu, manakala syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ismail Sabri berkata selepas pindaan akta tersebut, mana-mana pihak yang didapati mengulangi kesalahan tersebut, tempoh hukuman penjara ditambah kepada 10 tahun manakala denda pula dinaikkan kepada RM1 juta.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata menerusi pindaan akta tersebut, hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)dan jabatan agama Islam di setiap negeri dibenar mengeluarkan logo halal.

“Apabila diluluskan kelak (pindaan Akta Perihal Dagangan 1972), cuma satu sahaja autoriti yang boleh keluarkan sijil halal iaitu Jakim dan jabatan Islam negeri (JAIN).

“Selepas ini, tidak ada lagi syarikat yang keluarkan sijil halal dan ini juga termasuk kepada produk-produk halal dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata pindaan akta berkenaan juga bakal memperluaskan fokus kementerian dan Jakim kepada produk lain termasuk kosmetik, barangan keperluan harian dan sebagainya.

Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 kemudiannya diluluskan.- BERNAMA



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010