Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
UAE Gantung Perkhidmatan BlackBerry
Date 02/08/2010 03:17 Author UMNO Online Hits 719
Print Pdf RSS
DUBAI 2 Ogos. – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menggantung perkhidmatan BlackBerry Messenger, e-mel dan web-browsing mulai 11 Okt, 2010. “Langkah penggantungan ini diambil susulan kegagalan percubaan berterusan membawa masuk perkhidmatan Blackberry ke UAE sejak 2007 mematuhi peraturan telekomunikasi UAE,” demikian menurut Pihak Berkuasa Kawal Selia Telekomunikasi (TRA) negara Teluk ini. Dalam satu kenyataan, TRA [...]

DUBAI 2 Ogos. – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menggantung perkhidmatan BlackBerry Messenger, e-mel dan web-browsing mulai 11 Okt, 2010.

“Langkah penggantungan ini diambil susulan kegagalan percubaan berterusan membawa masuk perkhidmatan Blackberry ke UAE sejak 2007 mematuhi peraturan telekomunikasi UAE,” demikian menurut Pihak Berkuasa Kawal Selia Telekomunikasi (TRA) negara Teluk ini.

Dalam satu kenyataan, TRA berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hakikat bahawa dalam bentuk semasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu BlackBerry membolehkan pengguna bertindak tanpa sebarang tanggungjawab perundangan, hingga “menimbulkan kebimbangan dari sudut perundangan, sosial dan keselamatan negara bagi UAE”.

Ia menjelaskan bahawa semua perkhidmatan BlackBerry terletak dalam rangka kerja kawal selia UAE yang dibangunkan oleh TRA sejak 2007.

“Bagaimanapun, disebabkan oleh konfigurasi teknikal BlackBerry, beberapa perkhidmatan BlackBerry beroperasi melampaui penguatkuasaan peraturan ini.

“Data-data Blackberry segera dieksport ke luar negara, di mana ia diuruskan oleh sebuah organisasi komersial asing. Perkhidmatan data Blackberry kini merupakan satu-satunya perkhidmatan data yang beroperasi di UAE yang menimbulkan keadaan ini,” jelas TRA.

Pengendali telekomunikasi utama UAE -? Etisalat dan du -? telah diberitahu tentang keputusan itu pada Ahad.

Syarikat-syarikat itu diarahkan supaya memastikan gangguan berada pada tahap minimal dalam menyediakan perkhidmatan alternatif, kata agensi itu.

Ketua Pengarah TRA Mohamed Al Ghanim berkata: “TRA mendapati BlackBerry nampaknya patuh kepada persekitaran kawal selia yang serupa di negara lain, dan ini menjadikan keengganannya mematuhi peraturan di UAE mengecewakan dan membimbangkan.” – BERNAMA



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010