Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Pindaan Akta Tukar Agama Tunggu Persetujuan Negeri -Jamil
Date 02/08/2010 03:17 Author UMNO Online Hits 875
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Kerajaan masih lagi menunggu persetujuan daripada Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri berhubung cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bagi membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, perkenan daripada Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri juga diperlukan. Beliau berkata [...]

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Kerajaan masih lagi menunggu persetujuan daripada Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri berhubung cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bagi membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, perkenan daripada Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri juga diperlukan.

Beliau berkata demikian diminta mengulas mengenai status terkini cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama yang turut melibatkan Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Majlis Raja-Raja pada 29 Jun tahun lepas, memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu.

Ketika ditanya mengenai sama ada kos untuk menunaikan ibadah haji akan dinaikkan tahun ini, Jamil Khir berkata, kos itu masih dikekalkan dengan bayaran RM9,980 seorang, sama seperti tahun lepas.

Beliau berkata, bagaimanapun Tabung Haji akan meneliti semula sama ada terdapat keperluan untuk menaikkan kos menunaikan haji pada musim-musim yang akan datang berdasarkan kepada peningkatkan kos sedia ada.

Mengenai permohonan Malaysia kepada kerajaan Arab Saudi supaya kuota bagi jemaah haji ditambah bagi membolehkan lebih ramai lagi rakyat di negara ini menunaikan haji, Jamil Khir berkata beliau mengharapkan supaya permohonan itu diluluskan.

Pada masa ini, jumlah kuota jemaah haji Malaysia ialah 26,000 orang. -Bernama



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010