Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
UMNO Selayang Bukti Tradisi BN Membela Rakyat
Date 02/08/2010 03:17 Author UMNO Online Hits 859
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – UMNO Bahagian Selayang akan terus mempratikkan pendekatan Barisan Nasional (BN) iaitu tradisi membela rakyat tanpa mengira kaum dalam usaha mengambil semula satu kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlepas ke tangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu, demikian menurut Ketua Bahagiannya, YB Shukor Idrus. Jelas beliau, walaupun [...]

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – UMNO Bahagian Selayang akan terus mempratikkan pendekatan Barisan Nasional (BN) iaitu tradisi membela rakyat tanpa mengira kaum dalam usaha mengambil semula satu kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlepas ke tangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu, demikian menurut Ketua Bahagiannya, YB Shukor Idrus.

Jelas beliau, walaupun UMNO memiliki dua kawasan DUN namun tumpuan tetap diberikan kepada dua lagi kawasan yang kini dikuasai parti pembangkang.

?Kita menang di DUN Kuang dan Taman Templer namun misi kita sudah pasti untuk menguasai semula Parlimen Selayang dan DUN Rawang.

?Dua kawasan ini tetap penting kerana selain ia kawasan rakan komponen kita, ia juga sebenarnya adalah kawasan tradisi kita sejak sekian lama. Sebab itu kita tetap meneruskan pendekatan tradisi membela rakyat ke semua kawasan walaupun kita kalah di dua kawasan berkenaan,? katanya di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi kekalahan BN di dua kawasan tersebut sedikit sebanyak membolehkan rakyat membuat penilaian sebenar parti mana yang mampu membela kebajikan mereka.

?Parti pembangkang kata mereka nak bela dan beri kebajikan kepada rakyat tapi bila diberikan kuasa, lain yang mereka janji, lain yang mereka buat.

?Tapi bagi BN tugas membela rakyat ini sudah menjadi tradisi kita. Sebab itu menang atau kalah kita tetapkan laksanakan tugas kita itu,? ujarnya.

Sebagai bukti, kata beliau, sebanyak RM1.3 juta telah dibelanjakan setiap bulan untuk membantu golongan sasar seperti ibu tunggal, warga emas, penyakit kronik, golongan kurang upaya dan fakir miskin.

?Kita tak tahu apa yang kerajaan negeri pakatan pembangkang buat tapi inilah bukti tradisi BN membela rakyat tanpa mengira kaum. Biarlah rakyat khususnya pengundi membuat penilaian mereka,? katanya.

Mengenai gerak kerja UMNO Bahagian pula, beliau yang juga Adun Kuang memberitahu, UMNO akan memberi tumpuan mengadakan program yang melibatkan semua masyarakat dan tidak tertumpu kepada ahli parti sahaja.

?Kita ada jalinan kerjasama yang cukup baik dengan rakan komponen kita. Dari semasa ke semasa kita akan mempertingkatkan program secara kerjasama ini sehingga pilihan raya umum akan datang,? ujarnya.

Pada masa yang sama UMNO Bahagian juga memberi tumpuan kepada gerakan pertambahan ahli dan daftar pemilih.

Bagi memastikan keberkesanan gerakan tersebut jelas beliau lagi, pihaknya telah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mendaftarkan 300 orang sebagai pengundi baru.

?Ini KPI yang harus kita capai dan ia bermula sejak Februari lalu. Setakat ini sasaran itu dapat dicapai. Kita mahu pastikan momentum ini diteruskan dan dipertingkatkan lagi,? katanya. -MediaUMNO



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010