Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Skandal Boon Hock Bukti Pakatan Dap Korup, Utama Kroni -Tg Adnan
Date 02/08/2010 02:16 Author UMNO Online Hits 746
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR, 2 Ogos ? Pakatan pembangkang sememangnya tidak layak menjadi pentadbir dan pengurus dalam sebuah kerajaan apatah lagi untuk bergelar pemimpin ekoran kegagalannya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melihat pakatan pembangkang hanya boleh kekal sebagai pembangkang sahaja ekoran gagal merealisasikan apa yang telah [...]

KUALA LUMPUR, 2 Ogos ? Pakatan pembangkang sememangnya tidak layak menjadi pentadbir dan pengurus dalam sebuah kerajaan apatah lagi untuk bergelar pemimpin ekoran kegagalannya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melihat pakatan pembangkang hanya boleh kekal sebagai pembangkang sahaja ekoran gagal merealisasikan apa yang telah dijanji.

?Kita lihat bagaimana Dap Selangor yang sanggup mengutamakan kroni sendiri tanpa memikirkan hal-hal dan kepentingan masyarakat,? katanya yang mengulas berkaitan pemecatan ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tee Boon Hock berhubung dakwaan penyalahgunaan kepala surat seorang anggota Exco kerajaan negeri untuk mendapatkan kontrak bagi keluarga dan kroninya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berharap agar rakyat sedar dengan tipu helah pembangkang yang hanya mahukan kedudukan, pangkat dan kuasa sedangkan tanggungjawab sebenar dibiarkan.

?Tembelang pembangkang pecah bukan kerana kita sebaliknya semua kepincangan yang mereka lakukan dicanang sendiri oleh ahli-ahlinya. Inilah sikap sebenar mereka yang rakus dan tamak sementara rakyat tetap dibiar tanpa pembelaan,? ujar beliau kepada umno-online.

Menurutnya, pergeseran pendapat dan pertentangan idea yang melanda pakatan pembangkang ini adalah realiti sebenar mereka dalam memenuhi impian masing-masing kerana apa yang berlaku mereka ibarat ?tidur satu katil tapi mimpi lain-lain?.

?Kita akui bahawa kita juga mempunyai kelemahan tetapi keutamaan tetap diberikan kepada rakyat dan dalam masa yang sama para pemimpin atasan termasuk Presiden sendiri sentiasa mengingatkan agar tidak leka untuk melaksanakan tanggungjawab dan terus berkhidmat untuk masyarakat,? katanya.

Katanya lagi, masyarakat hari ini bijak untuk menilai mana yang benar dan mana yang palsu lantas tentunya tahu membezakan antara parti mana yang benar-benar mahukan kemajuan, kesejahteraan dan perpaduan.

?Sesungguhnya apa yang berlaku kepada pakatan pembangkang iaitu Dap, Pas dan PKR adalah bukti bahawa idealogi mereka yang tidak selari, jauh menyimpang daripada apa yang dihajatkan oleh masyarakat, dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam BN kerana kerajaan tahu kehendak rakyat,? tegas beliau.

Justeru, ujarnya ahli-ahli UMNO dan BN perlu terus menggembleng usaha bagi meningkatkan prestasi semasa dan melaksanakan amanah rakyat tanpa mempedulikan pertelingkahan dan pertentangan idealogi antara pakatan pembangkang.

?Kita telah kenal pasti kemerosotan sokongan yang tidak memberangsangkan dalam pilihan raya lalu adalah kerana kelemahan kita sendiri dan memberi peluang kepada parti lawan, lantas sekarang kita bangkit untuk membina kekuatan dengan keteguhan untuk bersatu, bersetia dan berkhidmat kepada rakyat,? katanya.

Beliau turut menambah, persediaan perlu sentiasa dilakukan, iaitu mengeratkan perpaduan, memperkuatkan benteng pertahanan dari segi mental dan fizikal agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang. ? MediaUMNO



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010