SIBU 2 Ogos – Seorang jurutera pada Isnin dilantik secara rasmi sebagai Ketua Rumah Panjang, jurutera pertama yang dipercayai menyandang jawatan tersebut di Sarawak.
Stanley Jelian ak Entily, 30, menjadi Tuai Rumah di Penasu dekat sini, rumah panjang bagi masyarakat Iban, Rh. Stanley Jelian yang dinamakan sempena nama beliau.
Rumah panjang tersebut didiami 80 orang dari 14 [...]
SIBU 2 Ogos – Seorang jurutera pada Isnin dilantik secara rasmi sebagai Ketua Rumah Panjang, jurutera pertama yang dipercayai menyandang jawatan tersebut di Sarawak.
Stanley Jelian ak Entily, 30, menjadi Tuai Rumah di Penasu dekat sini, rumah panjang bagi masyarakat Iban, Rh. Stanley Jelian yang dinamakan sempena nama beliau.
Rumah panjang tersebut didiami 80 orang dari 14 keluarga.
Stanley yang masih bujang dan kini bekerja di Sarawak Energy Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Beliau fasih berbahasa Cina, Inggeris, Bahasa Malaysia dan Iban.
Menurut Stanley, beliau pada mulanya dilantik oleh para penduduk untuk mengetuai rumah panjang tersebut ketika berusia 26 tahun, selepas ibunya yang mengetuai rumah panjang itu meninggal.
Katanya bapanya yang menjadi pilihan pertama untuk menggantikan ibunya telah menolak pelantikan itu, maka pemilihan dibuat ke atas dirinya.
Beliau berkata oleh kerana terdapat syarat usia pelantikan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, maka baru pada Isnin beliau dapat disahkan secara rasmi jawatan tersebut.
“Saya mahu menekankan tentang soal pentingya pelajaran kepada masyarakat saya, terutama di kalangan golongan muda. Saya mahu wujudnya perpustakaan dan klinik kesihatan di tempat saya selain jalan raya,” katanya.
Sudah menjadi amalan kerajaan negeri pada ketika ini untuk melantik guru bersara dan penjawat awam memegang jawatan ketua rumah panjang di Sarawak. – BERNAMA

Source: UMNO Online |