KUALA LUMPUR, 2 Ogos ? Ibu Pejabat UMNO telah pun mengarahkan tiap-tiap UMNO bahagian menubuhkan pasukan khas daftar pemilih bagi memastikan mereka yang dianggap layak untuk mengundi didaftarkan sebagai pemilih, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menurutnya, surat berkenaan telah pun dihantar selaras dengan arahan terkini Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib [...]
KUALA LUMPUR, 2 Ogos ? Ibu Pejabat UMNO telah pun mengarahkan tiap-tiap UMNO bahagian menubuhkan pasukan khas daftar pemilih bagi memastikan mereka yang dianggap layak untuk mengundi didaftarkan sebagai pemilih, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menurutnya, surat berkenaan telah pun dihantar selaras dengan arahan terkini Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak seperti diumumkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, semalam.
“Surat tersebut turut menyarankan Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk memantau tiap-tiap bahagian supaya mengadakan satu unit atau pun sekretariat khas, khusus untuk memantau pendaftar pengundi selain daripada daftar pengundi yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),? katanya kepada umno-online, di pejabatnya, di siini, pagi ini.
Beliau berkata, pasukan itu juga bertanggungjawab mengenal pasti individu yang mencapai umur 21 tahun untuk disimpan di dalam rekod daftar pemilih bagi memudahkan usaha bahagian-bahagian UMNO mendaftarkan mereka apabila layak untuk menjadi pemilih di kawasan berkenaan.
?Pada masa yang sama, pasukan ini juga diminta supaya mereka memantau berkaitan beberapa laporan yang telah dikenalpasti dimana pembangkang mengatur strategi sehinggakan pengundi yang mereka daftarkan itu tidak menjadi penduduk tetap di dalam kawasan atau Parlimen berkenaan,? tambahnya.
Katanya, berdasarkan maklumat terdapat satu trend yang negatif yang berlaku di Kelantan membabitkan para pengundi yang bukan pemastautin kawasan terbabit.
?Di Kelantan terdapat dimana pengundi hanya balik untuk mengundi pembangkang sahaja sedangkan apa yang berlaku dalam negeri tersebut sama ada kesulitan dan kemelaratan yang berlaku di kawasan sekitarnya ditanggung oleh penduduk tempatan.
?Mereka mengundi pembangkang barangkali akibat ketidakpuasan hati mereka sendiri ekoran beberapa perkara tetapi yang merana dan menghadapi masalah adalah penduduk tempatan.?
Justeru katanya lagi, setiap bahagian juga diminta untuk melihat pengundi-pengundi yang didaftarkan oleh orang-orang yang tidak dikenali supaya dapat dilaporkan kepada pihak SPR.
?Ini kerana berdasarkan apa yang berlaku ada tempat-tempat tertentu seperti rumah Melayu yang didaftarkan jadi pengundi Cina, rumah Cina tetapi yang didaftarkan jadi pengundi Melayu. Apa yang pasti, pembangkang sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa termasuk pemalsuan dalam pendaftaran pengundi,? tegasnya lagi. -MediaUMNO

Source: UMNO Online |