Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Kabinet Buat Keputusan Isytihar Harta -Zahid
Date 02/08/2010 00:16 Author UMNO Online Hits 856
Print Pdf RSS
BAGAN DATOH, 2 Ogos – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan meminta semua menteri mengisytiharkan harta kepada umum wajar diserahkan kepada kabinet untuk membuat keputusan sama ada perlu dilakukan atau tidak. “Mengikut amalan biasa isytihar harta hanya dimaklum kepada Perdana Menteri saja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadhan di Masjid Simpang Empat, [...]

BAGAN DATOH, 2 Ogos – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan meminta semua menteri mengisytiharkan harta kepada
umum wajar diserahkan kepada kabinet untuk membuat keputusan sama ada perlu dilakukan atau tidak.

“Mengikut amalan biasa isytihar harta hanya dimaklum kepada Perdana Menteri saja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadhan di Masjid Simpang Empat, Rungkup di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohammed supaya anggota kabinet mengisytiharkan harta kepada umum.

Ahmad Zahid berkata, perbincangan mengenai cadangan itu wajar diputuskan oleh jemaah Menteri bersama-sama dengan Perdana Menteri.

“Di zaman bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada cadangan sedemikian tetapi semua menteri hanya menyerahkan borang isytihar harta untuk makluman Perdana Menteri ketika itu,” katanya. -Bernama



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010