Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Transformasi Minda Sempena Bulan Merdeka -Musa
Date 01/08/2010 23:15 Author UMNO Online Hits 1087
Print Pdf RSS
KOTA KINABALU, 2 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini mengajak rakyat Sabah untuk menghayati tema sambutan kemerdekaan tahun ini iaitu ‘1Malaysia Menjana Transformasi’. Katanya, transformasi di sini membawa makna berlakunya proses perubahan hasil inovasi yang bakal memberikan faedah kepada rakyat dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak terpuji. “Perubahan minda yang positif perlu ada [...]

KOTA KINABALU, 2 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini mengajak rakyat Sabah untuk menghayati tema sambutan kemerdekaan tahun ini iaitu ‘1Malaysia Menjana Transformasi’.

Katanya, transformasi di sini membawa makna berlakunya proses perubahan hasil inovasi yang bakal memberikan faedah kepada rakyat dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak terpuji.

“Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah pembinaan masyarakat dan negara yang dinamik.

“Oleh itu, untuk menjayakan aspirasi kerajaan, kita perlu ada kesediaan serta keberanian untuk berubah ke tahap yang lebih baik,” katanya semasa melancarkan bulan kemerdekaan Sutera Harbour Resort 2010 pada hari Isnin.

Menyentuh mengenai acara hari ini, Musa memuji Sutera Harbour Resort, salah satu resort terkemuka di Sabah kerana melancarkan program tersebut dan berusaha untuk membentuk warga kerja yang saling bekerjasama, hormat-menghormati dan bersikap progresif, selaras dengan aspirasi negara.

Katanya, di dalam program pembangunan negara, program seperti ini amat diperlukan untuk menyemai nilai toleransi, persefahaman dan bantu-membantu antara kaum yang tinggal di negeri ini.

“Semangat kekitaan dan perkongsian antara kaum perlu dipupuk agar dapat membina generasi yang mampu mengekalkan semangat perpaduan dalam memacu pembangunan ekonomi, politik dan sosial.

Ini merupakan kali ke sembilan Sutera Harbour menganjurkan program sedemikian sempena Hari Kebangsaan negara. Jalur Gemilang akan dikibarkan di serata kawasan resort itu sebagai simbol kebanggaan terhadap negara sempena bulan kemerdekaan ini.

Seramai 600 kakitangan resort itu hadir sama untuk pelancaran hari ini dan untuk simbolik 53 tahun kemerdekaan, sebanyak 53 ekor burung juga telah dilepaskan oleh Musa dan tetamu jemputan.

Antara yang hadir adalah Timbalan-timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Peter Pang En Yin, Menteri-menteri kabinet dan Mayor bandaraya Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim. -MediaUMNO/Bernama



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010