Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Siswa Perlu Didedah Kepada Politik
Date 01/08/2010 23:15 Author UMNO Online Hits 717
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Golongan mahasiswa yang merupakan bakal pemimpin pelbagai organisasi di peringkat kebangsaan perlu didedahkan dengan aktiviti politik, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, langkah itu sebagai persediaan mahasiswa memimpin sesuatu organisasi selepas mereka melangkah ke alam pekerjaan. Sebagai pemimpin, golongan itu juga mempunyai peranan untuk membina negara bersama [...]

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Golongan mahasiswa yang merupakan bakal pemimpin pelbagai organisasi di peringkat kebangsaan perlu didedahkan dengan aktiviti politik, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, langkah itu sebagai persediaan mahasiswa memimpin sesuatu organisasi selepas mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Sebagai pemimpin, golongan itu juga mempunyai peranan untuk membina negara bersama pemimpin kerajaan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas program merakyatkan seni budaya bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Bulan Kemerdekaan, di sini.

Beliau mengulas mengenai cadangan supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terbabit dalam politik.

Ahmad Zahid bagaimanapun berharap jika akta itu dipinda dengan memberi kelonggaran kepada golongan mahasiswa terbabit dalam politik, ianya tidak disalahgunakan oleh mereka.

Rabu lepas, anggota Majils Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata sudah tiba masa supaya AUKU dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terbabit dalam politik.

Katanya, beliau akan membawa usul itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang. -MediaUMNO/Bernama



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010