Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Amal Baik UMNO Melangkaui Batasan Kaum, Agama ? Muhyiddin
Date 01/08/2010 21:34 Author UMNO Online Hits 667
Print Pdf RSS
SHAH ALAM, 1 Ogos ? Penglibatan UMNO  tidak hanya terbatas kepada politik tetapi membabitkan kerja amal serta kebajikan yang melangkaui batasan kaum dan agama, bukan hanya tertumpu kepada orang Melayu dan Bumiputera tanpa mengira fahaman politik . Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program sukarelawan Vogue (Voluntary Group For Everyone)  yang dilancarkan oleh [...]

SHAH ALAM, 1 Ogos ? Penglibatan UMNO  tidak hanya terbatas kepada politik tetapi membabitkan kerja amal serta kebajikan yang melangkaui batasan kaum dan agama, bukan hanya tertumpu kepada orang Melayu dan Bumiputera tanpa mengira fahaman politik .

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program sukarelawan Vogue (Voluntary Group For Everyone)  yang dilancarkan oleh Puteri UMNO membuktikan perjuangan politik itu diterjemahkan kepada kerja-kerja amal dan kebajikan yang mampu merubah tanggapan masyarakat terhadap UMNO.

?Pastinya sumbangan atau kerja amal ini tidak terbatas kepada orang Melayu dan kaum Bumiputera sahaj, atas dasar Gagasan 1 Malaysia sesuatu yang dilkukan pastilah melampaui batas kaum, batas agama dan untuk membimbing masyarakat bahawa sesuatu kerja amal tidak dibatasi oleh fahaman politik.

?Pelancaran Vogue ini membuktikan bahawa UMNO tidak hanya bergerak dalam politik tetapi pergerakan politik itu diterjemahkan dalam satu bentuk kerja-kerja kebajikan, kerja-kerja  amal yang ini sekaligus dapat merubah persepsi masyarakat terhadap UMNO itu sendiri,? katanya ketika melancarkan Sukarelawan Vogue di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Katanya lagi, Vogue juga dapat menepis tanggapan sesetengah pihak yang menganggap UMNO satu parti politik tidak bermaya, kurang inovasi dalam program yang dilakukan hingga ada pihak yang tidak mahu bersedia bersama-sama  UMNO.

Vogue adalah penjenamaan semula skuad sukarelawan Puteri UMNO yang bertujuan untuk menarik minat golongan generasi muda bergiat dalam program sukarelawan terutamanya wanita secara berterusan dengan lebih berkemahiran dan sistematik.

Muhyiddin berkata, Vogue membuktikan bahawa UMNO tidak ketandusan idea dan melaksanakan pelbagai program seperti kerja amal-amal  yang dituntut oleh agama dan masyarakat, walaupun sudah banyak usaha dilakukan kerajaaan untuk membela dan membantu mana pihak yang bermasalah namun ia tetap diteruskan.

Menurutnya, dengan program kebajikan dan amal yang dilakukan, ia bukan sahaja memberi  manafaat kepada golongan tertentu tetapi mampu menarik minat masyarakat kepada UMNO serta menepis tanggapan sesetengah pihak yang memandang negatif kepaada UMNO.

Selain itu, katanya lagi, melalui Vogue juga menunjukkan proses tranformasi yang ingin dilakukan oleh parti sedang berjalan dengan baik seperti yang ditunjukkan oleh Puteri UMNO dengan penjenamaan semula program sukarelawan sejajar dengan usaha penjenamaan UMNO.

?Inisiatif yang diambil oleh Puteri UMNO Malaysia menunjukkan dengan jelas bahawa di kalangan kepimpinan puteri mempunyai pemimpin ?pemimpin yang bervisi ,yang mempunyai idea dan sanggup serta berani untuk tampil ke hadapan untuk menjelaskan satu program yang besar kepada masyarakat,? katanya.

Katanya lagi, sesuatu program itu jangan dilakukan pada musim-musim tertentu atau hanya disebabkan oleh sesuatu seperti musim pemilihan, sebaliknya harus dilakukan secara berterusan supaya UMNO itu dilihat sebagai wadah perjuangan untuk bangsa dan negara. MediaUMNO



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010