Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Tony Pua Jangan ?Main Api? ? Ahmad Maslan
Date 01/08/2010 04:44 Author UMNO Online Hits 153
Print Pdf RSS
JOHOR BAHARU 1 Ogos – Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meminta anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya jangan “bermain api” dengan cadangan memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor. Beliau berkata peratusan rumah kedai dan premis perniagaan yang dimiliki orang Melayu di kawasan bandar ketika ini amat [...]

JOHOR BAHARU 1 Ogos – Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meminta anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya jangan “bermain api” dengan cadangan memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Beliau berkata peratusan rumah kedai dan premis perniagaan yang dimiliki orang Melayu di kawasan bandar ketika ini amat rendah, iaitu hanya 14 peratus dan pemansuhan diskaun hanya akan memburukkan lagi keadaan.

“Saya minta Yang Berhormat Tony Pua supaya jangan bermain dengan api. Jangan cuba menyalakan sebatang mancis dengan memberikan cadangan itu. Tony Pua kena berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap,” katanya kepada pemberita pada hari Ahad.

Ahmad berkata cadangan pemimpin DAP itu dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti orang Melayu dan kaum Bumiputera yang bilangannya adalah dua pertiga daripada keseluruhan penduduk negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian selepas menghadiri majlis konvokesyen Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim di Pusat Konvensyen Persada Johor.

Ahmad berkata ketidak seimbangan turut berlaku di kawasan perumahan kerana hanya 30 peratus kuota pemilikan rumah dikhaskan kepada orang Melayu dan Bumiputera, walaupun mereka merupakan 67 peratus daripada penduduk negara ini.

“(Ketidakseimbangan) itu adalah amat tidak sihat untuk masa depan negara, jikalau taman-taman perumahan di negara ini dipenuhi oleh 70 peratus bukan Bumiputera, manakala Bumiputera dan orang Melayu terpinggir di rumah-rumah kecil di pinggir bandar,” katanya.

Beliau berkata dasar pemberian diskaun kepada orang Melayu dan Bumiputera itu memberikan sedikit kelebihan kepada mereka untuk memiliki kediaman dan premis perniagaan.

Sehubungan itu, DAP dan Tony Pua diminta memahami Perlembagaan negara terutama yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, kontrak sosial serta sejarah negara.

Beliau percaya, kenyataan pemimpin DAP itu merupakan sebahagian daripada senarai panjang usaha parti berkenaan untuk mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Kenyataan Tony Pua yang hanya berdasarkan kepada sentimen keuntungan perniagaan dan dasar rasis DAP itu telah menyebabkan kemarahan orang-orang Melayu.

“Kita mahu penduduk Malaysia terus hidup di dalam kedamaian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad meminta orang Melayu dan Bumiputera supaya mementingkan pendidikan untuk maju dan memastikan mereka mampu bersaing dengan kaum lain di negara ini.

Sejumlah 250 graduan menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis konvokesyen hari ini.

Pelajar Diploma Kejururawatan Siti Norazah Shafiee dipilih sebagai penerima Anugerah Pengerusi Eksekutif. – Bernama/MediaUMNO



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010