Oleh: KU AZMAN KU ABAS
PEKAN 1 Julai ? Skuad Sayang akan terus menjadi jambatan penghubung dalam membantu masyarakat termasuk kawasan hitam di peringkat akar umbi dan kawasan pedalaman agar perhatian dan pembelaan dapat diberikan bagi meringankan beban mereka.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil berharap program tersebut dapat membantu rakyat yang menghadapi pelbagai masalah [...]
Oleh: KU AZMAN KU ABAS
PEKAN 1 Julai ? Skuad Sayang akan terus menjadi jambatan penghubung dalam membantu masyarakat termasuk kawasan hitam di peringkat akar umbi dan kawasan pedalaman agar perhatian dan pembelaan dapat diberikan bagi meringankan beban mereka.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil berharap program tersebut dapat membantu rakyat yang menghadapi pelbagai masalah di samping mendekatkan hubungan mereka dengan para pemimpin.
?Jika terdapat mana-mana kes kebajikan yang terlepas pandang, memerlukan pembelaan dan perhatian, kita sendiri akan turun padang tanpa perlu bergantung kepada pihak lain sahaja termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),? katanya.
?Cawangan dan Skuad Sayang akan memaklumkan kepada ketua wanita bahagian berkaitan kes-kes yang perlu diambil berat dan seterusnya kepada ibu pejabat untuk dimaklumkan kepada saya agar bantuan dapat diberikan dengan segera,? katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Skuad Sayang peringkat Parlimen Pekan di Dewan orang ramai Sri Damai,dekat sini, Sabtu petang.
Sebagai simbol pelancaran tersebut, Shahrizat melepaskan belon serta 2 ekor burung merpati putih yang menjadi simbolik Skuad Sayang dalam membantu meringankan beban dan kesusahan masyarakat.
Shahrizat seterusnya menambah, skuad berkenaan tidak menumpukan program tersebut kepada sesuatu kaum atau kumpulan saja, sebaliknya usaha terus digembleng dengan mendekati setiap golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan.
?Sebab itu kita bergerak dalam satu barisan di mana turut membabitkan sayap wanita komponen BN yang lain.Selepas ini, skuad sayang akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak,? katanya.
Skuad Sayang yang terdiri daripada kalangan anggota-angota Wanita BN dan UMNO adalah kumpulan bergerak yang melaksanakan kerja kebajikan, kesukarelaan dan kemasyarakatan sebagai menepati hasrat parti itu mendekati dan memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi. -MediaUMNO

Source: UMNO Online |