Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Gerakkan Jentera Rampas Kawasan Ampang ? Ismail Kijo
Date 01/08/2010 00:36 Author UMNO Online Hits 286
Print Pdf RSS
BAHAGIAN AMPANG Oleh: MOHD FAIZAL MOHD SALLEH Kekalahan kesemua kerusi BN di dalam Parlimen Ampang yang diwakili UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, memberi lembaran baru dalam perjuangan UMNO dan Barisan Nasional di Ampang, bagi memastikan kesemua kerusi kembali ke tangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak. Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail [...]

BAHAGIAN AMPANG

Oleh: MOHD FAIZAL MOHD SALLEH

Kekalahan kesemua kerusi BN di dalam Parlimen Ampang yang diwakili UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, memberi lembaran baru dalam perjuangan UMNO dan Barisan Nasional di Ampang, bagi memastikan kesemua kerusi kembali ke tangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, Ampang merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dulu, namun tsunami 8 Mac 2008, BN bukan sahaja tewas di Ampang, malah hilang Selangor kepada pakatan pembangkang.

?Kami rasakan mungkin terdapat kelemahan-kelemahan yang patut diperbaiki. Kekalahan UMNO dan BN di Ampang sebenarnya banyak perkara. Tak perlulah saya hurai namun pada dasarnya boleh dikatakan pengundi-pengundi Melayu, kita masih dapat banyak sokongan tetapi pengundi bukan Melayu terlalu merosot berdasarkan kepada kajian yang kita buat, post mortem yang kita buat di daerah-daerah mengundi? ujarnya ketika ditemui UMNO-online.

Hasil kajian yang dibuat, BN akan kalah di kawasan-kawasan yang majoritinya kawasan bukan Melayu. Sebaliknya, di kawasan Melayu, masih ada kawasan yang terus menyokong BN pada pilihanraya yang lalu.

?Kekalahan kita pun tidak begitu besar, kekalahan kita semuanya kurang dari 10 peratus dari keseluruhan pengundi.

Apa yang kita nak buat pada PRU 13 yang akan datang, kami di Ampang di mana kita ada 80 cawangan yang aktif dalam Ampang, yang kita sedang kita gerakkan. Pertama sekali untuk kita menang dalam pilihanraya, kita kena banyakkan sokongan daripada pengundi?.

Sehubungan dengan itu, daripada jumlah pengundi Melayu yang ada sekarang ini di Ampang ialah 56.6 peratus maka UMNO Ampang akan gerakkan dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan jumlah peratusan tersebut.

Antara usaha yang akan dijalankan UMNO Ampang dengan menggerakkan Ketua-ketua cawangan, ketua-ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, turun serentak di kawasan-kawasan tertentu dalam menarik sokongan penduduk terhadap BN.

?Contoh yang kita nak buat ialah di kawasan Kampung Tasek Permai. Di kawasan Kg Tasek Permai ini merupakan salah satu kampung pemindahan dari Taman Maluri satu ketika dulu dan jumlah penduduk bukan Melayunya melebihi Melayu. Maksud saya, penduduk dari orang Cina dan India melebihi penduduk Melayu.

Kalau kita lihat kedudukan di situ, masih ramai di antara penduduk-penduduk di situ yang masih belum mendaftar sebagai pemilih. Malah sebahagian daripadanya, masih belum mendaftar sebagai ahli UMNO yang baru.?

Dalam gerakkerja tersebut, UMNO Ampang akan turun ke kawasan tersebut dan memberikan tumpukan kepada penduduk yang berbangsa Melayu. Dalam masa yang sama, gandingan bersama MIC dan PPP yang menumpukan kepada penduduk India manakala MCA dan Gerakan menumpukan perhatian kepada penduduk berbangsa Cina dalam mendaftarkan mereka sebagai pemilih dalam kawasan Ampang.

Dalam masa yang sama, UMNO Ampang juga telah membuat program pendaftaran pemilih buat penduduk-penduduk rancangan pemindahan khususnya di Rumah Pangsa Taman Sri Nilam . Jumlah rumah yang ada di situ berjumlah 1,920 unit.  Daripada 1920 unit, 80 peratus daripada penduduk situ adalah Melayu.

UMNO Ampang juga akan menumpukan kawasan seperti Merdeka Villa, Taman Ampang Indah dan Pandan Ria kerana di kawasan-kawasan tersebut, ramai penduduknya bukanlah pengundi di kawasan Parlimen Ampang.

Sehubungan dengan itu, UMNO Ampang akan menggerakkan jentera untuk mendaftarkan penduduk-penduduk di kawasan tersebut sebagai pemilih di kawasan Ampang menjelang PRU 13 yang akan datang.

?Tapi yang lebih penting, setakat kita mendaftar tanpa kita membetulkan sokongan mereka pun, kadang-kadang tidak berfaedah. Andai kata, kita mendaftar orang Melayu yang ramai tetapi jika mereka menyokong PKR, menyokong PAS pun, tidak mendatang faedah kepada kita.

Oleh itu, kita kena tarik mereka menjadi ahli UMNO. Kalaupun mereka tidak menjadi ahli UMNO, kita jadikan mereka orang atas pagar yang menyokong kita,? tambahnya mengakhiri perbualan bersama UMNO-Online baru-baru ini. – MediaUMNO



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010