KUALA LUMPUR 30 Julai ? Kelewatan kerajaan mengumumkan perincian Model Baru Ekonomi (MBE) membuatkan ramai pelabur terutama pelabur asing mengambil langkah ?tunggu dan lihat?.
Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak berkata, ramai peniaga menangguhkan keputusan untuk melabur di Malaysia bagi mengelak kerugian, sekaligus menyumbang ke arah kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) ke [...]
KUALA LUMPUR 30 Julai ? Kelewatan kerajaan mengumumkan perincian Model Baru Ekonomi (MBE) membuatkan ramai pelabur terutama pelabur asing mengambil langkah ?tunggu dan lihat?.
Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak berkata, ramai peniaga menangguhkan keputusan untuk melabur di Malaysia bagi mengelak kerugian, sekaligus menyumbang ke arah kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tahun lalu.
Tambah beliau lagi, ramai pelabur masih menantikan perincian MBE yang pastinya akan memperlihatkan perubahan dasar-dasar ekonomi dan perniagaan.
?Saya rasa salah satu sebab FDI jatuh adalah kerana pelabur tidak pasti apakah peraturan atau perubahan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
?Mungkin sekarang para pelabur perlukan ekuiti bumiputera untuk melabur, mungkin juga selepas perincian MBE diumumkan, ekuiti bumiputera tidak perlu lagi. Situasi tidak menentu ini yang menyebabkan pelabur tangguh keputusan untuk melabur,? katanya.
Nazir menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk ?Berkembang melangkaui sempadan? sempena Persidangan Perundangan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, tempoh masa yang diambil terlalu lama menyebabkan persekitaran perniagaan yang tidak sihat dan mendorong pelabur beralih kepada negara-negara lain.
Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan untuk mendedahkan butiran MBE dengan segera dan sekali gus menarik semula pelaburan asing ke negara ini.
Malaysia mencatat kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus tahun lalu kepada AS$1.38 bilion (RM4.22 bilion) berbanding AS$7.31 bilion (RM23.39) pada 2008
Ini merupakan rekod terburuk yang dialami Malaysia sejak 15 tahun lalu.

Source: UMNO Online |