Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Sumbangan Tentera, Polis Bantu Makmur, Bina Tamadun -YDP Agong
Date 31/07/2010 02:48 Author UMNO Online Hits 444
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah supaya semua lapisan rakyat mengenang kembali jasa wira negara dengan meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara. Baginda bertitah sejarah membuktikan sumbangan tenaga para pahlawan negara yang telah dicurahkan semasa memerangi anasir-anasir subversif dan petualang negara, memang tiada tolok bandingnya. “Mengambil sempena pengisytiharan Hari [...]

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan
Zainal Abidin hari ini bertitah supaya semua lapisan rakyat mengenang kembali jasa wira negara dengan meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara.

Baginda bertitah sejarah membuktikan sumbangan tenaga para pahlawan negara yang telah dicurahkan semasa memerangi anasir-anasir subversif dan petualang negara, memang tiada tolok bandingnya.

“Mengambil sempena pengisytiharan Hari Pahlawan pada tanggal 31 Julai setiap tahun, marilah kita mengambil kesempatan ini menghargai jasa-jasa pahlawan kita yang telah terkorban dan masih berkhidmat yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan di kalangan tentera, polis dan mereka yang lain.

“Sesungguhnya, pasukan keselamatan telah memainkan peranan yang amat penting dalam membantu negara mencapai kemajuan dan kemakmuran selama ini,” titah baginda pada sambutan Hari Pahlawan Tahun 2010 di Dataran Merdeka, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Terdahulu, baginda berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan
utama.

Baginda bertitah semangat sanggup berkorban demi negara, perlulah dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa di samping berusaha untuk terus menyumbangkan sesuatu yang berguna demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Baginda juga melahirkan rasa bangga dengan sumbangan pasukan keselamatan negara yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan terbaik dalam negara malah peranannya turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Pasukan keselamatan negara telah membuktikan kemampuan mereka dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang di 26 buah negara seperti Sahara Barat, Somalia, Bosnia Herzegovinia, Croatia dan Timor Laste,” titah baginda.

Sementara itu, baginda juga menyeru agar setiap anggota pasukan keselamatan negara akan terus berjuang ke arah membina bangsa yang bertamadun serta menjadikan Malaysia, negara bebas dari aktiviti keganasan.

Justeru, baginda berharap pasukan keselamatan negara tidak alpa dengan ancaman yang kini sedang mengancam keselamatan dunia iaitu ancaman keganasan antarabangsa.

Di samping itu, baginda turut berharap agar perpaduan yang terjalin antara semua warganegara dapat diperkukuhkan lagi selaras dengan slogan ‘1Malaysia’ yang diinsipirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam istiadat itu, sejumlah 806 orang terlibat dalam perbarisan yang
terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja
Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Acara pantomen yang mengisahkan Leftenan Adnan Saidi dalam pertempuran Bukit Candu, melibatkan 50 orang dari 31 Regimen Artileri Diraja dan Badan Kesenian Tentera Darat turut dipersembahkan pada majlis itu. -MediaUMNO/Bernama



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010