KUALA LUMPUR, 30 Julai – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa lebih banyak keseimbangan antara kaum akan dihapuskan DAP sekiranya parti itu berkuasa kelak.
Tegas Menteri Pengajian Tinggi itu, cadangan untuk memansuhkan pemberian diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor oleh Ahli Parlimen Dap, Tony Pua [...]
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa lebih banyak keseimbangan antara kaum akan dihapuskan DAP sekiranya parti itu berkuasa kelak.
Tegas Menteri Pengajian Tinggi itu, cadangan untuk memansuhkan pemberian diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor oleh Ahli Parlimen Dap, Tony Pua merupakan salah satu contoh sikap parti tersebut.
Justeru kata Mohamed Khaled, tidak hairanlah sekiranya cadangan berkenaan turut mendapat sokongan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Mereka (Dap) sebenarnya berpegang atas satu dasar iaitu kalau orang Melayu dapat sesuatu, orang Cina juga perlu dapat benda yang sama. Sebaliknya, kalau orang Cina tidak dapat, orang Melayu pun tak patut dapat.
“Dasar ini jelas bertentangan dengan matlamat asal pemberian diskaun ini iaitu bagi memastikan tiada jurang yang wujud di antara kaum di sesuatu kawasan di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohamed Khaled, diskaun yang diberikan kepada bumiputera terutamanya orang Melayu sebenarnya bertujuan menggalakkan mereka tinggal dan membeli hartanah di kawasan bandar.
Katanya, ia bertitik-tolak daripada dasar keseimbangan yang diwujudkan oleh BN untuk mewujudkan keharmonian dalam negara.
“Jika dinilai sepintas lalu, memang cadangan pemansuhan diskaun itu kelihatan adil untuk semua pihak.
“Bagaimanapun, pemansuhan itu akan tetap memberi kesan kepada orang Melayu akhirnya,” ujar beliau.
Jelas Mohamed Khaled, Dap memang suka kalau orang Melayu terus duduk di kampung manakala orang Cina pula tinggal di bandar-bandar.
“Misalnya, pada tahun 1969, orang Cina bersorak apabila Dap menang di kawasan bandar dan mencemuh orang Melayu supaya balik kampung,” kata Mohamed Khaled lagi.

Source: UMNO Online |