Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Malang Melayu Kini Bersekongkol, Sokong Dap -Zul
Date 30/07/2010 17:36 Author UMNO Online Hits 196
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Wakil Rakyat Bebas Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata malang bagi orang Melayu kini kerana ada pemimpin Melayu sendiri yang sanggup bersekongkol dan menyokong perjuangan Dap. Beliau sehubungan itu menyelar pemimpin Melayu yang sanggup menipu diri sendiri serta para penyokong dengan mendakwa kononnya kerjasama dengan Dap adalah demi dakwah selain untuk mendekatkan [...]

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Wakil Rakyat Bebas Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata malang bagi orang Melayu kini kerana ada pemimpin Melayu sendiri yang sanggup bersekongkol dan menyokong perjuangan Dap.

Beliau sehubungan itu menyelar pemimpin Melayu yang sanggup menipu diri sendiri serta para penyokong dengan mendakwa kononnya kerjasama dengan Dap adalah demi dakwah selain untuk mendekatkan parti itu dengan Islam.

?Sepatutnya, apa yang berlaku sekarang cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam, bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila merelakan diri diperkuda oleh kafir harbi ini.

?Mengapakah bangsa yang punya al-Quran sebagai panduan boleh menjadi begitu bodoh? Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanah air sendiri,? tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com sebagai mengulas tindak-tanduk terkini Dap termasuk cadangan terbaru oleh Tony Pua (Dap-Petaling Jaya Utara) supaya dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah dimansuhkan.

Menurut Zulkifli, Dap langsung tidak mengambil iktibar daripada sejarah hitam Tragedi 13 Mei apabila berterusan menekan dan mempertikaikan hak orang Melayu walaupun perkara itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan.

?Laporan Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan seperti ?Melayu sudah tidak berkuasa?, ?ini negeri bukan Melayu punya?, ?halau Melayu keluar? akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu sehingga berakhir dengan tragedi berdarah.

?Kalau pada tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki-hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan Dap lakukan kalau parti itu menguasai kerajaan Persekutuan?”



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010