Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Batalkan Pendaftaran Dap -Zul
Date 30/07/2010 16:36 Author UMNO Online Hits 201
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR 30 Julai ? Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa supaya membatalkan pendaftaran parti Dap dan mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram kerana tindak-tanduk parti itu didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian negara. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) ketika membuat gesaan itu mendakwa, Dap bertanggungjawab menyebarkan fahaman cauvinis, rasis, fikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan. Tegasnya, tindakan berani [...]

KUALA LUMPUR 30 Julai ? Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa supaya membatalkan pendaftaran parti Dap dan mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram kerana tindak-tanduk parti itu didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian negara.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) ketika membuat gesaan itu mendakwa, Dap bertanggungjawab menyebarkan fahaman cauvinis, rasis, fikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan.

Tegasnya, tindakan berani itu perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelak berulang pergaduhan berdarah antara kaum di negara ini kerana dakwanya, kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 juga berpunca daripada sikap cauvinis dan rasis Dap.

?Saya mencadangkan ROS membatalkan pendaftaran Dap dan isytiharkan ia sebagai pertubuhan haram. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan seperti Dap,? katanya.

Beliau berkata demikian dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com sebagai mengulas tindak-tanduk terkini Dap termasuk cadangan terbaru oleh Tony Pua (Dap-Petaling Jaya Utara) supaya dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah dimansuhkan.

Menurut Zulkifli, Dap langsung tidak mengambil iktibar daripada sejarah hitam Tragedi 13 Mei apabila berterusan menekan dan mempertikaikan hak orang Melayu walaupun perkara itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan.

?Laporan Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan seperti ?Melayu sudah tidak berkuasa?, ?ini negeri bukan Melayu punya?, ?halau Melayu keluar? akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu sehingga berakhir dengan tragedi berdarah.

?Kalau pada tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki-hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan Dap lakukan kalau parti itu menguasai kerajaan Persekutuan?

?Tengok sendiri apa yang Dap buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak tetapi bila sebut pasal 13 Mei, pemimpin Dap antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit. Sebab Dap tidak mahu rakyat terutamanya generasi muda mengetahui sejarah hitam parti itu,? dakwanya.



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010