KOTA BHARU 30 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu, akibat barah usus.
Beliau yang ditemani isterinya, Che Busu Junuh dimasukkan ke hospital tersebut petang Isnin lalu selepas tiga hari pulang dari membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 [...]
KOTA BHARU 30 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu, akibat barah usus.
Beliau yang ditemani isterinya, Che Busu Junuh dimasukkan ke hospital tersebut petang Isnin lalu selepas tiga hari pulang dari membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.
Che Busu ketika ditemui di hospital tersebut di sini hari ini berkata, keadaan suaminya tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di sini.
“Keadaannya (Che Hashim) stabil. Cuma keletihan sikit, mari kita bersama-sama mendoakan supaya beliau akan kembali bertugas seperti biasa selepas ini,” katanya.
Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah.
Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Source: UMNO Online |