Login or Register for free!

Lagu Umno Bersatu

Lagu Tema Umno

ADUAN RAKYAT
Nama *
E-mail *
Aduan: *
Verification:
Warisan Anak Kecil

Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

PORTAL VIDEO UMNO SELANGOR

 


 

 




Bersama Kami
Umno Negeri Selangor

Create your badge

BERITA PILIHAN
Icon Articles
Umat Islam Di Pahang Boleh Bayar Zakat Guna SMS
Date 30/07/2010 06:37 Author UMNO Online Hits 190
Print Pdf RSS
KUANTAN 30 Julai – Kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 seorang, sama seperti pada tahun lepas. Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran bagi segantang baghdad atau bersamaan 2.7kg beras. Beliau berkata [...]

KUANTAN 30 Julai – Kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 seorang, sama seperti pada tahun lepas.

Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran bagi segantang baghdad atau bersamaan 2.7kg beras.

Beliau berkata umat Islam di Pahang kini boleh membayar zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Pembaharuan ini sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding dan Hukum Syarak,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat telekomunikasi, CELCOM, telah dilantik untuk melaksanakan pendekatan tersebut dan keseluruhan bayaran zakat itu nanti akan dihantar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Katanya, setiap bayaran zakat yang dilakukan melalui SMS itu adalah percuma dan tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.

Wan Abdul Wahid berkata selain SMS, seramai 940 amil telah dilantik untuk mengutip zakat di negeri itu pada tahun ini.

Bagaimanapun, beliau, mengingatkan umat Islam agar membayar zakat kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan menyediakan resit bayaran yang dikeluarkan oleh MUIP.



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online::

 

 

 

 

Portal Oleh: Unit ICT UMNO Selangor 2010